Monday 19 December 2016

Organik : Menanam Sendiri Sayuran Organik

Kesibukan bekerja dan bebanan tugas yang semakin meningkat setiap hari membuat ramai di antara kita yang lupa betapa pentingnya pengambilan makanan yang seimbang.

Saya percaya dengan jadual kerja yang padat ramai yang mengambil jalan mudah memilih makanan segera kerana ia cepat dan mudah disediakan.

Selain makanan segera, terdapat juga pelbagai sajian di restoran, gerai mahupun di hotel-hotel untuk santapan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Namun, pernah tak terdetik di benak kita untuk bertanya apakah apa yang kita makan itu berkhasiat dan baik serta memeunuhi keperluan nutrisi untuk kesihatan?

Berapa ramai sebenarnya tahu mengenai makanan seimbang atau, berapa ramai yang dapat mengamalkan pemakanan seimbang? Adakah anda mengambil tahu tabiat pemakanan anda?

Apa salahnya berkorban untuk mengubah tabiat pemakanan untuk kesihatan diri sendiri. Salah satu caranya adalah mengambil makanan dari tanaman organik. Perbezaan ladang organik dan bukan organik adalah kandungan bahan kimia dalam tanah yang digunakan.

Ladang bukan organik menggunakan bahan kimia untuk mendapatkan tumbuh-tumbuhan yang segar dan ini berbeza dengan ladang organik kerana ia ditanam secara semulajadi.

Apa yang menjadi kebimbangan sekarang adalah kebanyakan sayur-sayuran yang ditanam disembur dengan bahan kimia bagi memeliharanya dari diserang serangga perosak.

Sayuran dari ladang organik mengandungi lebih banyak khasiat dengan rasa yang lebih sedap.

Otie sendiri baru mencuba untuk menanam sayuran, bukanlah diladang yang besar cukuplah setakat dibelakang rumah untuk kegunaan sendiri..

ne sebahagian hasil sayuran organik dari kebun Otie

Tak semua orang dapat meluangkan masa untuk menanam sendiri sayur-sayuran, sebagai ikhtiar bolehlah mula untuk mengamalkan suplemen yang terbukti semulajadi dan memenuhi keperluan harian tubuh.


Facebook : Otie's Liew
Shaklee ID : 1080313
Email : stephanieliew86@gmail.com
SMS /Whatsapp : 014 866 1921

"It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver"
 





No comments:

Post a Comment