Namun bagi kaum lelaki perkara ini hanyalah perkara kecil, namun bukan bagi kaum perempuan.
Bagi kaum lelaki kebiasaannya mereka hanya mendapatkan rawatan sekiranya terdapat jangkitan dan terasa sakit.
Namun tidak bagi kaum wanita. Kecantikan dan wanita memang tak dapat dipisahkan ibarat ombak dan pantai gitu.
Bagi wanita pasti akan rasa tak selesa bila tumit merekah dan pecah-pecah terutamanya mereka yang suka menggayakan kasut yang terdedah seperti sandal. Pastinya wujud perasaan malu untuk berjalan-jalan dengan tumit kaki yang merekah dan pecah-pecah.
Walaupun masalah ini tidak membahayakan, namun keadaan ini menunjukkan seseorang itu kekurangan air dalam badan yang pada mulanya kulit kering dan bersisik sehingga menyebabkan kulit di bahagian tumit dan tapak kaki menjadi kering dan merekah.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kaki merekah;
- kurang peka terhadap kesihatan dan kebersihan diri
- kulit terlalu kering kerana kurang minum air
- pertambahan berat badan
- menggunakan produk yang tidak sesuai
- berdiri terlalu lama
- berlaku ketika hamil kerana pertambahan berat dan perubahan hormon
- tidak memakai selipar dalam rumah yang berlantaikan mozek/simen
- rekaan kasut yang tidak sesuai
- memakai kasut tumit tinggi terlalu lama
- tidak pakai stokin ketika bersenam
- masalah kesihatan dan penuaan
- kekurangan vitamin dan mineral
Tips mengelakkan tumit pecah dan merekah;
- rendam kaki dalam air suam yang mengandungi campuran gula perang, jus lemon, madu dan minyak zaitun. Rendam kaki sambil scrub dengan perlahan-lahan.
- gosok tumit merekah dengan batu sungai atau permukaan yang kasar sebab ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan tumit kering tu.
- rendam kaki selama 30 minit didalam air suam. Masukkan beberapa asam keping dan perahan limau nipis. Ulang setiap hari sehingga rekahan pada tumit hilang.
- buat senaman kaki jika berdiri terlalu lama
- dapatkan nasihat doktor pakar
- elakkan berjalan dengan berkaki ayam biarpun dalam rumah
- elakkan berdiri di tempat lembap
- amalkan menyapu pelembap selepas mandi
- minum air secukupnya
- pakai stokin dari kapas. Pemanasan dari stokin membantu kulit menyerap lembapan.
Jika malas nak buat tips tersebut boleh cuba beriktiar dengan suplemen.
1. Vitamin E Complex
- Vitamin E Complex kaya dengan GRAPE SEED EXTRACT, MINYAK GANDUM, MINYAK KACANG SOYA dan juga mengandungi SELENIUM semulajadi yang membantu badan menyerap vitamin E dengan lebih baik.
- Bertindak untuk membantu memperbaiki sel-sel kulit yang mati. Apabila sel-sel kulit mati diganti, ini akan menyebabkan kulit di bahagian luar tampak sihat.
- Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit.
- Dingin, bermentol dan tidak berminyak
- Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
3. Vita-Lea Iron Formula
- Multivitamin dengan 28 vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum
- Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
Hubungi saya untuk order anda dan ketahui bagaimana mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook : Otie's Liew
Shaklee ID : 1080313
Email : stephanieliew86@gmail.com
SMS / Whatsapp : 014 866 1921
"It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver"
No comments:
Post a Comment